
https://www.instagram.com/p/DN_6dv5khga/?hl=en
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jabatan Seni Reka, Jabatan Perniagaan, Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Hospitaliti, SLDN (Perabot), serta Jabatan Komunikasi Korporat akan menganjurkan Kursus Protokol & Etiket Sosial.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar mengenai tatacara berprotokol serta etiket sosial yang betul, sekali gus membentuk personaliti unggul serta meningkatkan keyakinan diri dalam pelbagai majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Program adalah seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 6 September 2025 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat KVKS
👩🏻💻 Link Pendaftaran: https://forms.gle/Vv356CDkqURJ6Aga6
👥 Penyertaan: 5 orang pelajar dari setiap program (HSK, HBP, BAK, BPM, KMK, KPD, OPP)pengurusan majlis
Pemilihan pelajar adalah berdasarkan kepada mereka yang berpotensi, berkeyakinan serta mampu ke hadapan dalam menggalas tanggungjawab. Pemilihan ini juga bertujuan melahirkan pelapis yang sesuai dan berwibawa untuk diketengahkan dalam majlis-majlis rasmi pada masa akan datang.
Jom sertai kursus ini untuk meningkatkan kemahiran dalam protokol, etiket sosial, dan pengurusan majlis ke arah pembentukan pelajar yang berkeyakinan dan beretika. 🌟
Anjuran MPP dengan kerjasama:
🎨 Jabatan Seni Reka | 💼 Jabatan Perniagaan | 💻 Jabatan Teknologi Maklumat | 🍴 Jabatan Hospitaliti | 🪑 SLDN (Perabot) | 📢 Jabatan Komunikasi Korporat
